* Kajian psikologi menunjukkan, perceraian boleh menimbulkan tekanan dan trauma kepada kanak-kanak untuk memulakan hubungan baru. * Kajian yang pernah dibuat mendapati, perceraian adalah penyebab tekanan kedua paling tinggi, selepas kematian pasangan hidup. * Umumnya, suami dan isteri yang bercerai akan lebih bersedia menghadapi perceraian itu jika dibandingkan dengan anak kerana sebelum bercerai, biasanya pasangan terbabit akan berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan baik buruk jika perceraian itu berlaku. * Mahu tidak mahu, anak lazimnya mesti menerima keputusan yang sudah dibuat oleh orang tua. Jarang sekali ibu atau bapa ingin mengambil atau menerima pandangan anak, apatah lagi jika mereka masih kecil. * Perceraian meninggalkan kesan negatif. Anak khususnya, akan menghadapi kejutan kesan perpisahan yang tidak mereka relakan. * Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh menjejaskan pelajaran mereka di sekolah. * Kanak-kanak ini juga sedikit sebanyak terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa apabila dewasa nanti, jika perkara ini tidak ditangani dengan baik.
Saturday, June 25, 2011
Kesan Perceraian Kepada Anak-Anak
Dicoret Khazraff at 8:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang kasi komen:
Post a Comment